TRUSANKITANI.COM <$BlogMetaData$>
 
UTAMA | SEJARAH | PERISTIWA BERGAMBAR | KELUARGA KITANI | AGAMA | KOMEN BISKITA | ARKIB |  NOSTALGIA | HUBUNGI |
Selamat Datang ke Laman Blog kitani.

Di Trusan, Lawas, Sarawak, Malaysia

WAGA TUA KITANI
MUTIARA IMAN
Mu'az bin Jabal Berkata:
"....Mencari Ilmu adalah Ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..."

INFO SOLAT
PROJEK JAMBATAN TRUSAN
PROJEK BENTENG SG. TRUSAN
NOSTALGIA KAMPUNGKU

PETIKAN AKHBAR
PENGUMUMAN
Sila Tinggalkan Pesan
Trusankitani Lawas


kitchens brisbane

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA PELAJAR-PELAJAR KITANI DI SK TRUSAN  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARI KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   NIKMAT HANYA AKAN DIRASAI SELAPAS ADANYA SENGSARA   *   MENGAPA KITA PERLU MENGATAKAN YA KEPADA YANG HARAM DAN SUBAHAT, SEDANGKAN DAHI KITA SUJUD,MULUT KITA BERTASBIH DAN HATI KITA BERZIKIR KEPADA ALLAH..APAKAH KITA MASIH RAGU AKAN JANJI ALLAH!   *   
Masjid Al-Hidayah Terlibat Banjir
MASJID AL-HIDAYAH TERLIBAT BANJIR



Trusan, 7 Februari 2009 :Belum pernah dalam sejarah masjid ini yang telah dibina pada tahun 1995 telibat dalam limpahan banjir. Biasanya di sinilah tempat meletak kenderan jika berlakunya banjir kilat. Namun kali ini kawasan masjid malah di dalam masjid sendiri telah dimasuki air dalam kejadian banjir 6 Februari lepas. Dalam kejadian tersebut 2 kenderaan yang diletakan di kawasan itu telah ditengelami air. Tindakan pantas oleh beberapa orang penduduk kampung telah berjaya menyelamatkan sejadah dan beberapa peralatan di dalam masjid.

Sehari selepas kejadian gotong royong telah dijalankan untuk membersihkan kewasan masjid. Dengan bantuan beberapa orang penduduk kampung kawasan masjid dapat dibersihkan demi keselesaan para jamaah untuk beribadah.





BANJIR BESAR DI TRUSAN 6 FEBRUARI 2009
Banjir besar yang berlaku di seluruh Sarawak dalam bulan Februari lepas banyak meninggalkan kenangan. Peristiwa tersebut akan tinggal dalam lipatan sejarah bagi setiap yang mengalaminya. Banjir stinggi 3m tersebut telah mengelamkan sebahagian tempat di sekitar Trusan,Sundar dan Lawas. Antara kawasan yang ditenggelami air di Trusan ialah Kg Gelapas, Kg Balai, Kg Tengah, Kg Seberang Kedai dan manakala di bahagian ulu Trusan pula ialah Kg Long Tokun, Kg Tang Lapadan dan semua kampung-kampung yang berada di persisir sungai Trusan. Bencana banjir kali ini banyak meniggalkan kerugian yang agak besar kepada penduduk.


Banjir kali ini menurut penduduk di sini dikatakan adalah yang palig besar selepas era pemerontakan 1945 dan 1976 yang juga pernah melanda daerah ini. Pada ketika itu menurut mereka telah berlaku juga banjir besar yang telah menghanyutkan beberapa buah rumah. Sementara itu dalam peristiwa banjir tahun 1976 saya baru berusia 7 tahun dan saya masih inggat yang saya hampir lemas dibawa arus banjir ketika bermain sampan buruk dan kecil bersama abang saya. Baik pada masa itu kami dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada rumpun pisang.



 
GAMBAR DAN PERISTIWA
     
 

    
DARI PENULIS BISKITA
BISMILAHIRAHMANIRAHIM.
Assalamulaikum warah matullah hiwabar katuh.. dan salam Sejahtera
Kepada pembaca yang sudi menjenguk laman blog ini terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih. Kini genap setahun blog ini di arena global. Dari pencerapan yang dibuat ia bukan saja dikunjungi oleh orang kitani malahan juga turut dikunjung oleh orang luar seperti US, Austrlia, Singapura dan Nagara Brunai Darussalam. Walaupun jumlah kunjungan tidaklah sebegitu hebat namun setakat ini ianya telah melebihi 2600 pengunjung. Sebagai blog kecil yang tidak popular seperti ini, ianya sudah cukup baik dan memberangsangkan.
Tujuan asal blog ini dibuat ialah sebagai mengetengahkan Trusan ke mata dunia. Disamping itu menjadi majalah dan sumber maklumat kepada warga ketani disamping dapat mengasah bakat berkaria dikalangan anak tempatan. Oleh itu saya menjemput sesiapa yang ingin menyumbang idea dan maklumat untuk ditambah ke dalam laman ini. Namun segala bahan yang dihasilkan biarlah yang mempunyai unsur maklumat dan santai. Saya sentiasa cuba mengelak sebarang unsur yang kurang bermanafaat, menyentuh secara khusus keperibadian dan tingkah laku seseorang, cendrong kepada politikus tertentu atau sensitviti agama. Sekiranya pun berlaku sedemikian, saya tidak bermaksud kearah itu, mungkin cuma secara kebetulan yang tidak disengajakan. Bak kata pepatah "Yang Benar itu Pasti Benar, Yang Salah Itu Tetap Salah".
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut menyumbang idea, mengkritik dan memberi saranan membina. Semua itu akan tetap saya pertimbangkan selagi tidak lari dari matlamat sebanar saya membina blog ini. Namun untuk memuaskan semua orang pestinya agak sukar dan sudah pasti saya akan melakukan apa yang terdaya. Namun sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan ianya adalah datang dari kelemahan dan kekurangan saya sendiri. Oleh itu saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada biskita semua. Dan setentunya juga saya memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa tersebut serta sentiasa membimbing saya dalam rahmatnya hingga ke akhir hayat amin...

Selamat Melayari Trusankitani!


MOKTAR BIN JAMAN
Kampung Tengah Trusan>
IKLAN PERCUMA

PENAFIAN

Segala idea, tulisan dan maklumat yang dipaparkan dalam laman ini adalah idea asli dari penulis atau diambil terus dari sumber yang diberikan rujukkan untuk makluman pembaca. Ianya hanyalah merupakan pandangan peribadi yang tidak mewakili mana-mana organisasi, parti politik maupun kerajaan. Oleh itu penulis memohon maaf sekiranya ada sebarang pandangan atau komen tidak memihak kepada orang tertentu dan menyinggung perasan atau mencuit hati khayak pembaca. Sekali lagi mohon ampun dan maaf.

Paparan terbaik ialah 1024px X 768px. Sila Guna IE6 ke atas dan Monzilla Firefox Versi Terkini